Sepuluh tahun mencari

jawapan

Oleh kerana anugerah dan pimpinan Tuhan

dari konsep hingga selesai

Akhirnya penantian itu berakhir

visi menjadi realiti

Ini ialah cerita tentang perjalanan kami

Permulaan Gereja Good Shepherd

Bagaimanakah semuanya itu bermula?

Konsep Idea

Bermula di Gereja St.Michael & All Angel's Church

Pada pertengahan tahun 1970, kehadiran di Gereja St. Michael & Semua Malaikat meningkat dengan cepat. Setiap kali adanya kebaktian atau acara istimewa, gereja tidak dapat memuatkan semua orang. Ramai di antara mereka terpaksa berdiri di luar gereja semasa acara berlangsung. Tempat meletak kereta juga menjadi masalah kerana jemaat tidak dapat mencari tempat untuk meletakkan kenderaan mereka. Oleh itu, Parish Church Council (PCC) menyedari bahawa perlunya ada sebuah gereja yang besar sebagai jawapan kepada keperluan itu dan juga untuk pertumbuhan gereja.

Sejak Bisyop Yong Ping Chung (tengah) dilantik sebagai Rektor (kemudian) gereja St. Michael pada Disember 1973, dia mempunyai visi untuk 'Anak Perempuan Gereja' tetapi merahsiakanya dan menunggu waktu yang tepat untuk Tuhan melaksanakan rancangan-Nya. Pada 10 Ogos 1976, idea untuk membina 'Anak Perempuan Gereja' itu disuarakan dalam mesyuarat PCC dan visi itu kemudiannya dikongsikan kepada semua jemaat gereja.

Mencari Tanah

Untuk membina gereja, kami memerlukan tanah dimana begitu susah untuk dicari dan sangat mahal. Selepas setahun mencari, kami mendapat dua bidang tanah tetapi kedua-duanya tidak menjadi kenyataan. Ketika kami berasa hampir putus asa dan memutuskan untuk mengadakannya di kawasan perumahan, Tuhan menyediakan kami tanah (1.5 ekar) yang terletak di Batu 5, Jalan Utara yang dimiliki oleh keluarga gereja. Ia merupakan tempat yang sangat sesuai kerana Tshun Nyen dan Kawasan Perumahan Sibuga telah ditubuhkan. Kawasan perumahan yang berhampiran juga sedang dalam proses pembangunan. Oleh itu, pemindahan tanah telah selesai pada Februari 1978. Tanah tambahan (0.92 ekar) juga diberikan (1979) untuk menampung gereja, rumah paderi, dewan gereja dan kemudahan sosial yang lain.

Tanah yang sudah dibeli di Batu 5, Jalan Labuk, 1978

Kini, kami telah mempunyai tanah. Cabaran seterusnya ialah mengumpul dana. Pada 24 September 1978, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dan diketuai oleh Rev. Yapp Foh Yu (pengerusi - ketiga dari kiri)

Bagaimana kami mengumpul dana?

1. Sistem Kad Ikrar meminta setiap jemaat (yang sudah bekerja) untuk memberikan gaji bulanan atau berapa nilai pun menurut kemampuan sebagai tanda 'hadiah saya kepada Tuhan'

2. Makan malam Buffet 'RM100 sepinggan' telah berlangsung dengan jayanya pada malam 15 Disember 1979 di Sabah Hotel. Terdapat lebih daripada 300 tetamu menghadiri acara tersebut, sebahagian daripadanya ialah bukan jemaat tetapi mereka tetap ingin memberikan sokongan mereka.

3. Derma dan pungutan semasa sambutan Hari St. Monica dan St. Gabriel.

4. Karoling Krismas setiap tahun (antara 1978 dan 1983)

5. Sumbangan Persekutuan Wanita melalui usaha mereka menjual makanan, seragam tadika dan lain-lain kraftangan.

6. Cabaran oleh Datuk R.G.Barrett pada 19 Oktober 1978 - Beliau berjanji akan memberikan RM1 bagi setiap RM1 yang disumbangkan kepada Dana Bangunan. Cabaran beliau bertahan sehingga 31 Disember 1981 dengan peruntukan untuk tarikh selanjutnya.

7. Bazaar Paroki pada September 1983.

Contoh sistem 'Kad Ikrar' bagi para jemaat

Artikel tentang Makan Malam Buffet 'RM100 sepinggan' dari surat khabar tempatan

Makan Malam Buffet bertempat di Sabah Hotel pada 15 Disember 1979

Persekutuan Wanita yang membantu menguruskan jualan dan Bazaar Paroki

Cabaran oleh Datuk R.G.Barrett pada 19 Oktober 1978

Bazaar Paroki pada tahun 1983

Ringkasan Dana Pembinaan pada 31 Disember

TAHUN JUMLAH (RM)
1978 109,608.75
1979 268,121.60
1980 491,202.44
1981 630,389.36
1982 839,079.51
JUMLAH KESELURUHAN 1,357,218.35

Proses Pembinaan Bangunan Gereja

1) Penambakan Tanah (Dis 1981) - Fasa pertama dan kedua telah selesai dengan menaikkan tapak ke Jalan Labuk.

2) Upacara 'Pecah Tanah' (19 September 1982) - Disempurnakan oleh Bisyop Sabah, Rev. Luke Chhoa, dengan disaksikan oleh lebih daripada 100 orang ahli paroki.

3) Tempoh Pembinaan (dari Oktober 1982 sehingga Mac 1984) - Kerja penanaman cerucuk, penyelesaian dasar, tiang mula didirikan, kemudian bumbung dan pemasangan atap.

4) Gotong-royong (11 Mac dan 20 Mac tahun 1984) - Lebih daripada 100 orang jemaat, muda dan tua bekerjasama untuk membersihkan serpihan pembinaan dan memotong rumput.

5) Kebaktian Pentahbisan dan Dedikasi (6 Mei 1984) - 1,111 tetamu dan jemaat telah hadir, memuji dan mengucap syukur kepada Tuhan atas pimpinan, bimbingan dan berkat-Nya semasa pembinaan gereja baru itu.

Lawatan pertama ke tapak gereja

Upacara 'Pecah Tanah'

Pembinaan bermula

Proses di tapak pembinaan

Proses di tapak pembinaan

Proses di tapak pembinaan

'Gotong-royong' oleh jemaat

'Gotong-royong' oleh jemaat

'Gotong-royong' oleh jemaat

Gereja siap pada Mac, 1984

Pandangan keseluruhan dari Jalan Labuk

Kebaktian Pentahbisan &  Dedikasi - 6 Mei 1984

Kebaktian bermula dengan membunyikan loceng pada jam 5 petang diikuti oleh perarakan koir yang bermula dari rumah paderi ke gereja.

Menyerahkan kunci gereja kepada bisyop

Jumlah 1,111 tetamu dan jemaat

Baptislah mereka dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus, amin!

Pemberkatan Altar

Menyanyikan hym 'Semua manusia di bumi akan tinggal'

Pemberkatan rumah paderi

UCAPAN TERIMA KASIH

Kepada semua yang terlibat dan memberikan bantuan di dalam projek ini

Betapa ajaibnya bagaimana Tuhan mengerakkan jemaat kita untuk memberi sokongan kepada projek ini. Kami bersyukur kepada Tuhan kerana memimpin, membimbing dan mendorong kami sehingga akhirnya. "Saya akan selalu mengucap syukur kepada Tuhan; Saya tidak akan pernah berhenti memuji Dia." Semoga gereja ini berdiri kekal selamanya sebagai saksi hidup pujian dan kesyukuran kita kepada Allah Mahakuasa.

Semua maklumat diambil daripada buku-buku di bawah

Anda boleh mencarinya di Resource Center COGS untuk bacaan selanjutnya.

Buku Cenderahati 1984

Cenderahati Majalah Ulang Tahun Ke-10

Rotate your device