Setiap Hari Jumaat

Pelayanan Muda-Mudi (PMM)

Tempat: Dewan Grace

Itulah sebabnya kita berjerih payah dan berjuang, karena kita menaruh pengharapan kita kepada Allah yang hidup, Juruselamat semua manusia, terutama mereka yang percaya. Beritakanlah dan ajarkanlah semuanya itu. Jangan seorangpun menganggap engkau rendah karena engkau muda. Jadilah teladan bagi orang-orang percaya, dalam perkataanmu, dalam tingkah lakumu, dalam kasihmu, dalam kesetiaanmu dan dalam kesucianmu.
1 Timotius 4:10-12

Pengenalan

Pada permulaannya pelayanan muda-mudi dan belia digabungkan bersama. Pembukaan Pelayanan Belia & Muda-Mudi BM, COGS telah dibuat pada 29 Oktober 2010 bersamaan hari Jumaat, jam 7:00 malam, bertempat di Dewan Grace. Kejayaan perancangan ini telah diketuai oleh Ps Elizabeth Graim dan dibantu oleh Maylianih Jaikal, Fideliah Jika, Motif Midi, Jacksone Johan, Nasip Basalag dan Vincent Angkom.

Namun, tiga tahun kemudian iaitu pada 20 September 2013, Pelayanan Belia (PB) dan Pelayanan Muda-Mudi (PMM) telah diasingkan. Ini adalah disebabkan bahan pelajaran yang sesuai dan memenuhi keperluan belia dan muda-mudi pada masa kini.

Tujuan Pelayanan Muda-Mudi dilaksanakan adalah untuk menjangkau generasi muda terlibat dengan pelayanan gereja dan menarik minat mereka untuk meluangkan masa bersama dengan kawan-kawan di dalam persekutuan. Mereka didedahkan kepada pengajaran Alkitab, melayani bersama dan membina hubungan yang akrab sesuai dengan tema lagu muda-mudi BM, COGS iaitu, “Mengasihi Dan Membangun”.

Tidak dinafikan bahawa cabaran melayani muda-mudi itu tidak mudah kerana pelbagai tarikan dunia pada hari ini yang menarik minat muda-mudi untuk meninggalkan persekutuan dengan muda-mudi yang lain. Walau demikian, peranan pihak gereja dibantu oleh kerjasama daripada ibu bapa dalam mendorong anak-anak untuk mengikuti PMM amatlah digalakkan.

Segala jerih payah dan perjuangan yang ditaburkan, tidak akan menjadi sia-sia, tetapi akan membangunkan generasi muda yang diberkati untuk memberkati orang lain, memberikan impak, menjadi teladan dan memuliakan nama Tuhan Yesus Kristus.


Aktiviti Kami

Acara Yang Akan Datang

Acara Yang Sudah Berlalu


Kalendar Kami


Hubungi Kami

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai semua program dan aktiviti muda-mudi.
Rev. Timithy Jerry: 016-692 9031
Maylianih Jaikal: 011-1057 7285
Email: jscalbmx@gmail.com


Kongsi Halaman Ini

Rotate your device