Setiap Hari Jumaat

Persekutuan Belia (PB)

Tempat: Dewan Glory

Itulah sebabnya kita berjerih payah dan berjuang, karena kita menaruh pengharapan kita kepada Allah yang hidup, Juruselamat semua manusia, terutama mereka yang percaya. Beritakanlah dan ajarkanlah semuanya itu. Jangan seorangpun menganggap engkau rendah karena engkau muda. Jadilah teladan bagi orang-orang percaya, dalam perkataanmu, dalam tingkah lakumu, dalam kasihmu, dalam kesetiaanmu dan dalam kesucianmu.
1 Timotius 4:10-12

Pengenalan

Persekutuan Belia pada mulanya bergabung dengan Persekutuan Muda-Mudi. Pembukaan Pelayanan Belia & Muda-Mudi BM, COGS telah diadakan pada 29 Oktober 2010 bersamaan hari Jumaat, jam 7.00 malam bertempat di Dewan Grace. Kejayaan perancangan ini telah diketuai oleh Pastor Elizabeth Graim dan dibantu oleh Cik. Maylianih Jaikal, Pn. Fidelia Jika, Cik. Motif Midi, En. Jacksone John, En. Nasip Basalag dan En. Vincent Angkom.

Namun demikian, tiga tahun selepas itu iaitu pada 20 September 2013, Pelayanan Belia dan Pelayanan Muda-Mudi telah diasingkan. Ini adalah kerana, bahan pelajaran bagi kedua-dua golongan tersebut berbeza. Pengasingan kedua-dua pelayanan ini adalah bertujuan untuk menyesuaikan bahan pelajaran mengikut umur dan keperluan golongan belia dan muda-mudi.

Objektif Kami
1. Mengumpulkan para belia dan beliawanis untuk bersekutu bersama-sama.
2. Menjalin ikatan persaudaraan dan persekutuan yang erat di antara sesama anggota.
3. Sebagai keluarga di dalam Kristus, berharap agar dapat bertumbuh bersama-sama dari aspek fizikal dan spiritual.
4. Menjangkau belia yang bekerja yang belum pernah mengikuti Persekutuan Belia.
5. Menjangkau belia dan beliawanis yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk bekerja.

Sasaran
1. Mereka yang berumur dari 18-45 tahun, tidak kira lelaki atau perempuan.
2. Belia dan beliawanis yang sudah bekerja.
3. Mereka yang masih bujang dan yang sudah berkahwin tetapi belum mempunyai anak.

Segala jerih payah dan perjuangan yang ditaburkan, tidak akan menjadi sia-sia, tetapi akan membangunkan generasi muda yang diberkati untuk memberkati orang lain, memberikan impak, menjadi teladan dan memuliakan nama Tuhan Yesus Kristus.

Pengisian semasa Persekutuan Belia:
1. Games
2. Pujian & Penyembahan
3. Pemberian persembahan
4. Renungan
5. Doa
6. Makan-makan

Untuk sesi renungan, setiap minggu adalah berbeza mengikut jadual yang sudah dirancang.
Minggu 1: Peneguhan Iman - belajar tentang kebenaran Alkitab
Minggu 2: Ekspresikan Dirimu - belia berpeluang untuk meluahkan dan mengongsikan pergumulan yang mereka hadapi dengan bimbingan peribadi yang berpengalaman.
Minggu 3: Fun Time - permainan indoor games secara persahabatan (catur, puzzle, monopoly dan sebagainya).
Minggu 4: Isu semasa - belajar tentang isu-isu semasa yang sedang berlaku di sekitar kita yang akan disampaikan oleh penceramah undangan.

Oleh itu, kami sangat mendorong anda untuk datang ke Persekutuan Belia COGS supaya kita dapat saling mengenali antara satu sama lain dan bertumbuh bersama-sama sebagai keluarga di dalam kerajaan Allah. Tuhan memberkati!


Aktiviti Kami

Antara aktiviti tahunan Persekutuan Belia COGS ialah:
1. Persekutuan Belia
2. Doa memandu
3. Lawatan ke rumah kawan-kawan belia
4. Sukan dan rekreasi (hiking, main badminton, zumba, gym)
5. Menonton wayang
6. Sambutan hari ulang tahun
7. Khemah Belia Diosis

Acara Yang Akan Datang

Pesta Gamatan Belia

24 Mei (Jumaat) 6.00 malam, Dewan Barrett.
Ticket: Belia (RM20), Muda-Mudi (RM5). Kaunter penjualan ticket dibuka selepas kebaktian. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sdr Milfen [012-867 6696] atau Cik Paulina [010-586 6847].

Acara Yang Sudah Berlalu

Play Youtube


12 - 15 Ogos - Konferensi Belia Diosis @ St Patrick Tawau.

Kalendar Kami


Hubungi Kami

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai semua program dan aktiviti belia.
Rev. Timithy Jerry: 016-692 9031
Paulina David: 019-8333764
Email: ppypaulina83@gmail.com


Kongsi Halaman Ini

Rotate your device